Pendaftaran Murid Prasekolah 2014


           Selamat datang diucapkan kepada murid prasekolah yang akan memulakan sesi pembelajaran pada tahun 2014 ini.  Sehubungan itu, pada 1 Januari 2014  bertempat di Kantin SKGN telah diadakan Majlis Pendaftaran Murid Prasekolah 2014 .Taklimat utama telah disampaikan oleh      Pn. Sharifah Ajar bin Sy. Endut, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang juga merupakan bekas guru pakar prasekolah di SKGN sebelum ini. Isi-isi ucapannya berkisar tentang kepentingan pendidikan prasekolah,peranan ibu bapa dalam membantu pihak sekolah untuk membimbing anak-anak mereka,penekanan dalam pendidikan prasekolah dan sebagainya. Pada tahun ini, seramai 38 orang murid berumur 5 dan 6 tahun telah mendaftar  untuk ditempatkan ke dalam dua buah kelas.Pelantikan AJK Pemaufakatan  Prasekolah SKGN turut dijalankan dengan pihak ibu bapa sebulat suara melantik  En. Sabri bin Lateh sebagai pengerusinya.Sesi soal jawab yang dilakukan pada akhir majlis telah cuba menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh para penjaga.